Gotong Royong Bersihkan Dewan KRT Taman Lembah Permai

 

 

 

 

 

 

 

 

Image

ImageImageImage

Satu aktiviti bersama Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Taman Lembah Permai dengan penduduk setempat iaitu gotong royong membersihkan dewan telah diadakan pada 21 Feb 2014 yang lalu. Aktiviti ini merupakan aktiviti mingguan yang diadakan mengikut rutin KRt Taman Lembah Permai.

Lebih 30 penduduk dan jawatankuasa KRT hadir dalam aktiviti ini. Pihak KRT menyediakan sedikit minuman ringan untuk aktiviti ini.

Kongsi Suka Duka Berakhirnya Pesawat MH370 DiLautan Hindi Bersama Perdana Menteri Malaysia

Dato Seri Najib Tun Razak

Dato Seri Najib Tun Razak semasa sidang akhbar mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi

Khabar duka yang dikongsi Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia malam kelmarin cukup meruntun perasaan. Selepas beliau mengumumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Bukan mudah seorang pemimpin yang bergelar pemimpin no.1 negara mengumumkan perkara sedemikian.Beliau seolah-olah tidak mahu lagi mengumumkan tetapi setelah mendapat taklimat lengkap daripada pakar SATELIT profesional daripada Inmasart maka beliau akur bahawa penerbangan MH370 berakhir di situ.

Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan emosi keluarga dan individu terdekat dengan penumpang serta anak kapal MH370 ketika ini. Siapa yang sanggup berdepan realiti menyakitkan apatah lagi kehilangan insan tersayang dalam tragedi sedemikian. 

Bagaimapun, mereka tidak keseorangan kerana sedari awal seluruh dunia bukan hanya memberi bantuan dari segi pencarian mahupun logistik sejak hari pertama, malah turut melayangkan sokongan moral menerusi laman sosial. 

Yang tua, yang muda. tidak apa bangsa dan Agama tidak ketinggalan turut berkongsi kesedihan dan memberikan penghormatan, selain menitip doa kepada mereka ang terbabit, sebagai suntikan semangat. 

Kepada yang beragama Islam marilah kita sama-sama memanjatkan doa agar Allah memberikan kekuatan kepada umat Islam dinegara ini berdepan dengan dugaan yang cukup besar ini, namun kita tetap reda menerima segala ujian daripada Allah SWT.- Alfatihah 

JANGAN LUPA ENTRI AKAN DATANG PENERANGAN TERPERINCI BAGAIMANA KEPUTUSAN INI DIBUAT TERUSKAN MELAYARI LAMAN INI

Keharmonian kaum asas ajaran agama

Orang ramai dan NGO berhimpun di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya sejak awal pagi pada 14 Oktober tahun lalu di mana keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

PERSELISIHAN di antara penganut agama Islam dan Kristian dalam negara ini berkaitan dengan kalimah Allah tercatat dalam bible sepatutnya tidak berlanjutan sehingga ke tahap yang boleh mengeruhkan keamanan negara.

Perkara berkaitan isu agama sepatutnya dibincang secara berhemah dan hikmah. Dalam menyelesaikan persengketaan berkaitan dengan keagamaan, mutual understanding amat diperlukan.

Pengalaman penulis sebagai pelajar teologi di sebuah universiti di England selama enam tahun dan penglibatan dalam kegiatan dialog agama sejak 1989 di negara Barat dan di Vatican (1992, 1997,1999) semasa John Paul II mendapati bahawa hubungan umat Islam dengan Kristian adalah terlalu mesra terutamanya apabila Vatican memperakui agama Islam, Kristian dan Yahudi sebagai Abrahmic Religions dan penganut ketiga-tiga agama ini sebagai Abrahamic Brothers.

Agama Islam mengkategorikan agama Kristian dan Yahudi sebagai agama Samawi kerana ketiga-tiga agama tersebut menerima wahyu daripada Ilahi. Islam tidak memperakui agama Kristian dan Yahudi sebagai Islam kerana kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Musa dan Isa telah dipinda dan diubah keasliannya oleh para ulama agama setelah Nabi Musa dan Nabi Isa meninggal dunia .

Selain itu, agama Kristian mengaitkan Isa dengan ketuhanan yang mana kepercayaan ini bertentangan dengan konsep tauhid mutlak (pure monotheism) yang merupakan pengajaran fundamental akidah agama Islam. Agama Yahudi juga tidak diterima oleh Islam kerana mereka tidak mempercayai Nabi Isa dan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah. Sedangkan penganut agama Samawi wajib memperakui kerasulan 25 orang Rasul seperti dinyatakan oleh Allah SWT di dalam kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Penafian kenabian ini menyebabkan orang Yahudi terkeluar daripada agama Islam.

Berdasarkan penerangan di atas maka penganut ketiga-tiga agama tersebut sepatutnya memahami perbezaan di antara satu sama lain berkaitan kepercayaan. Penafsiran kitab-kitab suci agama sepatutnya bertepatan dengan konteks ajaran agama masing-masing. Penggunaan nama ‘Allah’ dalam kitab suci agama selain agama Islam hanya diguna pakai oleh penganut agama Kristian di negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan, Syria dan seumpamanya.

Pengalaman penulis sebagai pelajar teologi yang sering mengikuti program di gereja di negara England, Jerman, Austria dan Itali serta menghadiri Papal Audience di Vatican jelas menunjukkan bahawa perkataan ‘Allah’ tidak disebut oleh paderi dan Pope John Paul II ketika bersembahyang dan memberi ucapan. Perkataan ‘God’, ‘Father’, ‘Son’ dan ‘Jesus’ merupakan perkataan yang sering diungkapkan oleh ketua agama Kristian ketika bersembahyang dan memberi syarahan agama.

Dialog agama di antara sarjana Islam dan Kristian merupakan salah satu aktiviti yang aktif di Vatican dan negara-negara Barat. Hasil daripada dialog antara agama dan seminar akademik di antara para ilmuan Kristian dan Islam yang begitu aktif sejak John Paul II sepatutnya boleh mempengaruhi pemikiran sarjana Kristian di Vatican supaya menukar perkataan ‘God’ dalam bible dengan perkataan ‘Allah’. Hakikatnya sehingga kini perkataan ‘God’ masih digunakan oleh Vatican. Ini menunjukkan bahawa tanpa menggunakan perkataan ‘Allah’ agama Kristian tidak akan tergugat fundamental akidahnya.

Persoalannya, kenapa perkataan ‘Allah’ masih ingin digunakan dalam penulisan dan penerbitan ajaran bible walaupun ia boleh menggugat keharmonian kaum. Penganut agama Islam dan Kristian diajar oleh agama mereka erti keharmonian, kasih sayang terhadap manusia dan memuliakan jiran. Mereka diajar supaya berkompromi dalam pelbagai kegiatan hidup dengan penganut agama lain selama mana kegiatan itu tidak menggugat fundamental akidah agama mereka.

Dilema yang wujud dalam negara ini masa kini adalah jika perkataan ‘Allah’ digunakan dalam penulisan penerbitan agama Kristian, ia boleh mengelirukan penganut agama Islam yang kurang arif mengenai akidah Islam. Salah faham terhadap konsep tauhid mutlak ini boleh menggugurkan akidah umat Islam. Ini merupakan satu kebimbangan umat Islam dalam negara ini. Penganut agama Kristian pula ingin membuat pembaharuan dalam tafsiran bible mereka mengenai God dengan menterjemahkannya dengan perkataan ‘Allah’. Dari aspek kemanusiaan umat Islam tidak berhak mencampuri urusan keagamaan penganut agama Kristian. Tetapi dalam konteks negara yang dihuni oleh pelbagai agama dan kaum maka perasaan curiga dan prasangka terhadap perubahan bible itu boleh menimbulkan perselisihan kaum dan agama. Perkara begini jika tidak dibendung boleh menggugat keharmonian kaum dan prejudis agama yang amat berbahaya kepada negara.

Berdasarkan kepada suasana begini maka para sarjana Islam dan Kristian sepatutnya berfikir dan merenung sejauhmanakah mereka mengamalkan konsep kasih sayang dan kecintaan terhadap kedamaian yang menjadi asas ajaran agama Samawi. Al-Quran secara jelas menggalakkan umat Islam supaya bersahabat dengan penganut agama Kristian kerana mereka adalah orang yang merendah diri dan penuh kasih sayang serta bertolak ansur. Ajaran Kristian menggalakkan penganutnya bertolak ansur dan berkorban sehingga ke tahap jika ‘pipi kiri ditampar maka beri pula pipi kanan’.

Demi keharmonian kaum dan keamanan negara maka sikap bertolak ansur dan berkompromi amat diperlukan. Ahli agama sering dilihat sebagai orang paling bertolak ansur kerana mereka merupakan orang yang paling menghampiri Tuhan. Perselisihan sering membangkitkan emosi yang sukar dikawal dan dibendung. Jika gagal dikawal ia boleh mengundang kepada kemusnahan dan permusuhan.

Orang yang patuh kepada agama sering berusaha mengelakkan perpecahan dan perselisihan kerana peranan utama mereka ialah mendidik dan mengasuh penganut agama mereka menyemarakkan kasih sayang dalam bentuk universal. Bertolak ansur dan berkompromi bukan bererti lemah dan kalah tetapi ia merupakan hikmah dalam kehidupan manusia.

Apabila kuasa politik digunakan untuk menyelesaikan perselisihan agama maka suasana menjadi semakin kemelut. Sebagai pemimpin dan peneraju negara, keamanan dan keharmonian dalam negara merupakan asas penting dalam sistem pemerintahan negara. Jika perselisihan menjadi semakin membara maka tindakan yang keras menjadi pilihan untuk membendung permasalahan.

Oleh itu ahli-ahli agama dalam negara ini sepatutnya menggunakan pendekatan yang berhemah bagi menyelesaikan permasalahan salah faham dan prejudis agama supaya setiap kaum yang berbeza agama dalam negara ini menghormati antara satu sama lain.

Quran Explorer

Quran Explorer.

Sekitar Majlis Sambutan Maulidurrasul di Taman Lembah Permai

Alhamdulillah pada 12 Mac 2011 hari Sabtu satu majlis sambutan maulidurrasul telah diadakan. Turut hadir sama dalam majlis ini adalah YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat juga Exco Kanan kerajaan negeri Perak. Penceramah kali adalah Ustaz Mohd Suffian bin Haji Mohd Khalid.

Semasa majlis ini diadakan hujan turun agak lebat namun para hadirin tidak berganjak dari kerusi masing-masing untuk mendengar ceramah. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi KRT Taman Lembah Permai, beliau menasihatkan smua penduduk supaya bersatu-padu agar rukun tetangga dapat direalisasikan dengan lebih berjaya, Sementara itu YB Dato Hamidah Osman mengingatkan agar penduduk Taman Lemah Permai, jangan ada petualang yang sanggup berusaha ke arah huru-hara sehingga penduduk berpecah-belah sesama sendiri. Diakhir ucapan YB Dato Hamidah bersetuju menyumbangkan sejumlah RM2000.00 untuk aktiviti Rukun Tetangga.

YB dato Hamidah sdang Berucap

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Info Rabiulawal & Maulidurrasul

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

 

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Tarikh-tarikh Penting

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.


Jawapan terhadap tuduhan pengkomen bernama Dajal

Aktiviti tunas Jiran

 

Assalamualaikum, Salam Perpaduan  dan Salam satu Malaysia,

Pada kali ini saya hendak menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh pengkomen yang bernama Dajal dalam blog pro-pembangkang iaitu http://demokrasi93.blogspot.com/2011/02/terkini-gambar-ceramah-ummi-hafilda.html

Dalam blog berkenaan  pengkomen yang bernama Dajal menyentuh tetang aktiviti RukunTetangga. Saya tidak pasti samada ‘dajal’ itu adalah dikalangan AJK KRT Taman Lembah Permai sendiri. Untuk pengetahuan Dajal KRT Taman Lembah permai telah ditubuhkan pada 25 mei 2010 iaitu hampir 8 bulan berlalu. Ini bermakna KRT umpama bayi yang baru lahir sudah tentulah masih  banyak yang perlu kita pelajari. Tujuan KRT ditubuhkan adalah untuk meneruskan visi persatuan iaitu meneruskan aktiviti yang murni samada aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

Dalam masa yang sama KRT Taman Lembah Permai juga menghadapi masalah tiada tempat khusus untuk bermesyuarat dan tempat untuk melakukan aktiviti. Dengan jasa baik YB Dato Hamidah baru-baru ini beliau mempelawa KRT menggunakan rumah kosong di hujung laluan 11

Baru-baru ini semua AJK KRT Taman Lembah Permai telah mengadakan aktiviti membersih rumah tersebut. Dengan harapan KRT sudah ada tempat berteduh dan sekarang KRT sudah boleh memohon SRS(Skim Rondaan Sukarela)

Dajal juga mengatakan bahawa KRT Taman Lembah Permai diibaratkan ‘hidup segan mati tak mahu ternyata salah kerana dalam masa usia KRT baru 8 bulan berbagai program telah dibuat iaitu:

  1. Kursus Komputer percuma kepada semua penduduk tanpa mengira usia
  2. program memasak rojak bagi jiran wanita
  3. Program  maulidurrasul untuk kanak-kanak di gelanggang permainan
  4. Program Maulidurrasul bersama Surau Solehiah
  5. Program memasak bubur lambuk
  6. Majlis pelancaran KRT taman lembah permai
  7. Syarahan berkenaan pengguna
  8. Majlis bacaan yaasin oleh Jiran wanita hampir setiap minggu
  9. Program jiran muda (makan bersama pengerusi)
  10. Gotong royong menguruskan kenduri di rumah Pakya
  11. Gotong Royong menguruskan kenduri di rumah En rahman
  12. Gotong royong membuat asyura
  13. Melawat ke rumah anak-anak yatim di Parit
  14. Pertandingan bolajaring di Taman Desa Aman
  15. Perlawanan bola jaring dengan KRT Bemban di Taman Lembah Permai
  16. Memasak bersama dengan jiran wanita di rumah Allahyarham Zaman

Adalah tidak benar jika Dajal mengatakan KRT Taman Lembah Permai ‘hidup segan mati tak mahu’

Untuk pengetahuan Dajal Persatuan berperanan menjaga inventori persatuan penduduk Taman Lembah permai  seperti khemah, peralatan dapur dan sebagainya. Oleh itu bagi mengemaskinikan senarai barang yang ada persatuan masih wujud untuk menggantikan pakatan.

Dajal juga mengatakan program maulidurrasul pada 5 Mac ini tidak jadi kerana dikatakan ada yang terlibat dengan pilihanraya adalah tidak benar, KRT tidak pernah membatalkan program tersebut, saya sebagai pengerusi agak kesal dengan kenyataan dajal, entah dari mana dajal mendapat Info tersebut.

Dajal juga mengatakan minit mesyuarat dibuat sendiri adalah tidak benar sama sekali mungkin dajal tersalah tersalah info. Info yang sebenar adalah, oleh kerana Setiusaha KRT tidak mempunyai pencetak bagi mencetak minit mesyuarat pengerusi terpaksa menggunakan pencetaknya sendiri bagi menyelesaikan minit mesyuarat KRT

Tentang makan duit persatuan saya nak terangkan sedikit, sewaktu saya mengambil alih pengerusi persatuan dari En Kahasani saya dikejutkan dengan baki wang yang tidak mencukupi dalam akaun sejumlah RM800.00, ketika itu En On Ibrahim adalah sebagai bendahari persatuan. Ooleh itu saya ada menasihatkan En On supaya memulangkan semula wang yang digunakan dengan kadar segera kerana audit tidak mahu menandatangani akaun dan dalam mesyuarat AJK juga telah membangkitkan perkara itu.

Setelah agak lama didesak akhirnya En On setuju memulangkan duit RM800.00 kepada persatuan, itu pun secara beransur-ansur dan kemudiannya En On dinasihatkan meletakkan jawatan. Pengerusi tidak berniat untuk memanjangkan perkara yang lepas kerana itu akan membuka aib orang.

Walau pun ada AJK yang meminta saya  membuat laporan polis tetapi saya fikir perkara itu boleh diselesaikan secara lebih berhemah.

Dalam pada itu buku Chek dan kon keselamatan tidak dipulangkan dan apabila ditanya En On kata dia sudah bakar. Saya pun pun tidak faham apa motif sebenar dia membakar dokuman penting itu. Sebagai seorang pengerusi saya mengambil sikap bersabar dengan kerenah penduduk seperti En On dengan menganggap untuk menjaga keharmonian penduduk di sini

Akhir kata saya ingin menyatakan kepada dajal yang membuat komen, dapatkan info sebenar dari AJK KRT dulu baru boleh buat komen atau dapatkan komen dari En Kahasani bekas pengerusi persatuan Taman Lembah permai yang tahu semua selok belok taman lembah permai lebih-lebih lagi tentang perangai En On Ibrahim

Sekian Terima Kasih

Pengerusi RukunTetangga Taman Lembah Permai

Batu Gajah Perak

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.